19.4.16

Muka nak mintak penumbuk

Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak salahkan? Hahaha...

Sebabnya HR aku yang terlalu cerdik tu suruh kakak cleaner pergi buang barang-barang team aku, tanpa check dan bertanyakan kepada kami.

Cerdik sangat kan? Rasa nak kasi hadiah sebab kepandaiannya tu, maka banyak benda yang hilang dan bercampuk-aduk.

Bukan barang-barang atas meja, tapi dalam bilik yang dikhaskan untuk team aku simpan barang-barang di situ sementara opis ni nak siap reno.Cubicle yang ada sekarang ni pun bukan tempat permanent, sebab lepas ni team aku akan pecah kepada 3 group, sebab tu la barang-barang yang disimpan dalam bilik tu tak terusik, malas nak pack 2-3 kali bila pindah tempat.

Box dan file punyalah cantik siap berlabel masing-masing. Itu pun tak boleh fikir ke bahawa benda- benda itu bukan SAMPAH?

Bos tak tahan telinga dengar aku marah-marah, siap tolong punggah kotak-kotak yang dah bercampur sampah tu untuk carikan dokumen yang aku nak.Tadi pun baru jumpa 40%. Kalau hati tak sakit esok, baru aku pulun cari. 


4.1.16

Tirai 2016

Hari ke 4 tahun 2016,baru tergerak hati untuk menulis.Seperti tahun-tahun yang sudah, perkara yang terjadi pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam.Samada elok ataupun tidak, haruslah terima dengan rela.

Semoga tahun baru ini memberikan korang hidup yang lebih berkat, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Resolusi aku tahun ini?



Yang aku harapkan ialah kehidupan aku lebih dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.